Tuesday, October 18, 2011

David John, Pemain Billiard Terkenal Dunia Peluk Islam...

MASHAD (Iran), 12 Nov: Pemain billiard terkenal dunia, David John (gambar) mengumumkan dirinya memeluk agama Islam dalam satu upacara di bandar Mashad, Iran timur laut.

Upacara itu turut dihadiri oleh Ketua Pendidikan Jasmani, Ali Saeid Lou dan Imam Sayyed Reza Taghavi, menurut Taqrib News Agency (TNA).

David pernah menajdi juara EBSA, kejohanan billiard yang penting di peringkat dunia, pada tahun 2002 dan 2003.

Sebelum ini, adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair, Lauren Booth, memeluk Islam selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain enam minggu lalu.

Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas perdana menteri Britain itu.

"Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu kejutan spiritual, nyaman dan tenteram," katanya kepada akhbar The Mail.

David John menukar namanya menjadi Davood setelah memeluk Islam (Davood sama dengan David mengikut nama Iran) dan berkata, "Revolusi terjadi dalam diri saya ketika saya sampai di Mashad. Saya berharap bahawa selama ini saya boleh menjadi seorang Muslim lebih baik lagi belajar," katanya.

"Saya pernah menjadi jurulatih di Dubai, Qatar dan Bahrain untuk beberapa tahun dan selama itu saya sudah begitu akrab dengan Islam," tambah David.

"Ketika saya datang ke Iran, saya tertawan dengan budaya Iran dan setelah menuju ke Mashad saya memutuskan untuk memeluk Islam," tegas David.

Ketika upacara, Imam Sayyed Reza Taqhavi mengucapkan selamat kepada kemasukannya dalam Islam sambil menyebut, "pandangan kita terhadap Non-Muslim dan Muslim adalah humanistik."

"Menghormati semua manusia adalah salah satu peraturan dalam Islam," kata Imam Sayyed Reza Taqavi

Monday, May 23, 2011

Pemain Terbaik BWF 2010

Lee Chong Wei dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Lelaki 2010 oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), semalam. Wang Xin yang menerima anugerah Pemain Terbaik Wanita 2010.
Chong Wei berjaya mengekalkan kedudukan selaku pemain nombor satu dunia sepanjang musim 2010 hingga kini apabila merangkul enam kejuaraan Siri Super termasuk kejohanan berprestij Seluruh England, Terbuka Korea, Malaysia, Indonesia, Jepun dan Hong Kong.
Dia juga mengungguli dua kejohanan Emas Grand Prix Malaysia dan Macau serta memenangi pingat emas Sukan Komanwel dalam acara perseorangan lelaki dan berpasukan dan memenangi perak di Sukan Asia.

Timbalan Presiden BWF, Paisan Rangsikitpho menyampaikan anugerah kepada kedua-dua pemain itu. Tahniah Datuk..

Sunday, May 22, 2011

Di Tasik Jokulsarion Iceland...



IMEJ cahaya yang menajubkan dirakamkan oleh Stephane Vetter di Tasik Jökulsárlón, Iceland dua bulan lalu.

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG

REYKJAVIK - Seorang jurugambar, Stephane Vetter berjaya merakamkan gambar cahaya yang menakjubkan di Tasik Jökulsárlón, Iceland dua bulan lalu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Cahaya itu berlaku akibat partikel yang keluar dari matahari bergerak ke angkasa lepas dan bertemu dengan perisai magnetik Bumi sekali gus mewujudkan satu bulatan di sekitar kawasan magnetik Kutub Utara apabila ia beriteraksi dengan lapisan atas atmosfera. - Agensi

Maha suci Allah... Allah Maha Agung..(IH)

Friday, October 9, 2009

Pesanan seorang negarawan untuk pengundi Bagan Pinang


'Pengundi BN yang menerima sogokan dan memilih orang yang dikenali sebagai perasuah, harus ingat apabila mereka memilih orang ini, mereka sebenarnya mengkhianati bangsa, agama dan negara hanya kerana sedikit wang yang akan habis dibelanjakan dalam sekelip mata.Kamu dan zuriat kamu akan dikutuk oleh bangsa kamu tiap kali mereka menderita kerana kamu telah jual bangsa dan negara kamu untuk sedikit wang' - Tun Dr Mahathir

"Saya akui calon yang bersih pun boleh kalah dan calon yang kotor pun boleh menang. Di Bagan Pinang, saya percaya siapa juga yang dilantik sebagai calon, besar kemungkinan dia akan menang"- Tun Dr Mahathir

"Sudah lupakah kita akan pilihanraya kecil di Permatang Pasir di mana calon Barisan Nasional terdiri daripada seorang peguam yang dikatakan terlibat dengan melesapkan duit pelanggannya dan berbohong berkenaan dengan jumlah isterinya? Kempen BN mudah dipatah oleh parti lawan. Apabila ia kalah ramai yang berkata BN harus selidik dahulu latarbelakang calon. BN tidak harus letak calon yang mempunyai latar belakang yang mudah dijadikan isu oleh parti lawan"
- Tun Dr Mahathir

"Imej UMNO sekarang sudah banyak tercemar dengan politik wang semasa pemilihan Majlis Tertinggi. Boleh dikatakan hampir semua yang dipilih terlibat dengan rasuah"
- Tun Dr Mahathir

Calon Bagan Pinang ni apa pula cerita???????...Isa Samad
Nampaknya UMNO akan terus mengekalkan tradisi perasuah menjadi pemimpin....
Rendah sungguh mertabat Tun dikalangan pemimpin UMNO sekarang...
isk...isik....iskk....


Tuesday, September 29, 2009

Kerja kosong


Kelebihan:
1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM5800
3. Elaun bulanan (Cola) : RM300
4. Elaun penginapan RM300
5. Uniform: RM450
6. Dobi RM200
7. Percuma kursus mempertahankan diri
8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan mengambil ujian khas

Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 14 sept 2009 di Jabatan Pertahanan Awam.

Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran jawatan.


LAMPIRAN SILA KE BAWAH.








Jawatan:
1. Power Rangers
2. Kamen Riders
3. Ultraman
4. Sailormoon (wanita shj)
5.SURIA PERKASA HITAM (Cawangan Jepun)

Handal dan Kuasa Banner


Isa memang hebat dan kebal..umpama ISA walau apa pun terjadi jika ia inginkan anda masuk kedalamnya anda pasti masuk tanpa bicara..Isa cuma gunakan banner ini sahaja untuk mencapai dan mengugut pemimpin atasannya..hebat!hebat!

Monday, September 14, 2009

Harga getah akan melambung tinggi


KUALA LUMPUR: Tindakan perwakilan MIC mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad, termasuk cadangan mengalungkan gambar bekas perdana menteri itu dengan kalungan selipar dibidas pemimpin Umno yang menganggap ia sebagai melampau dan biadap.

BERITA BAIK UNTUK RAKYAT TERUTAMA PEKEBUN GETAH.

HARGA GETAH AKAN MELAMBONG NAIK LAGI

PERMINTAAN UNTUK MEMBUAT SLIPAR SEMAKIN MENINGKAT


NAMUN PESANAN KHAS UNTUK RAKYAT MALAYSIA SEMPENA AIDIL FITRI MENJELANG TIBA:

1) BERHATI-HATI JIKA MAHU NYALAKAN PELITA...

2) BERHATI-HATI JIKA MAHU NYALAKAN LILIN...

3) BERHATI-HATI JIKA MAHU BERMAIN BUNGA API...

JANGAN SAMPAI TERBAKAR 'SLIPAR' ANDA

KINI 'SLIPAR' MERUPAKAN BARANG YANG AMAT BERHARGA