"Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin
memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.
Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di Jakarta khasnya, agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.
Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan, berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.
Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro(tidak diketahui benda ini).
Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.
Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.
Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semulada yang terbaru difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".
Begitulah hakikatnya kehidupan masyarakat melayu serumpun..semua mahu menunjukkan dialah wira bangsa..Bersediakah Malaysia dengan adegan-adegan ini?tekanan sebenarnya dipihak kita...tetapi langkah pihak berkuasa memendam perkara ini akan lebih merisaukan rakyat yang celik IT dan media baru.Bagi petani,buruh dan mereka-mereka yang tidak mendapat maklumat akan terasa selesa tanpa bimbang yang akhirnya malapetaka di tanggung bersama.
Kejadian ini baru di Jakarta..bagaimana di pulau lainnya..bagaimana kalimantan?
setiap hari rakyat kedua belah negara kita keluar masuk..bagaimana rakyat indon di malaysia?adakah apabila Jakarta menekan butang mereka berani beraksi?
Bagaimana orang asing yg mendapat mykad sekelip mata di sabah?adakah mereka menyanyikan lagu negaraku atau pun semangat kenegaraan lama mereka masi menguasai jiwa?
Bersediakah Malaysia?
Jangan terhantuk baru terngadah
1Malaysia!
Rakyat didahulukan..
P...diU...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment