Friday, October 9, 2009

Pesanan seorang negarawan untuk pengundi Bagan Pinang


'Pengundi BN yang menerima sogokan dan memilih orang yang dikenali sebagai perasuah, harus ingat apabila mereka memilih orang ini, mereka sebenarnya mengkhianati bangsa, agama dan negara hanya kerana sedikit wang yang akan habis dibelanjakan dalam sekelip mata.Kamu dan zuriat kamu akan dikutuk oleh bangsa kamu tiap kali mereka menderita kerana kamu telah jual bangsa dan negara kamu untuk sedikit wang' - Tun Dr Mahathir

"Saya akui calon yang bersih pun boleh kalah dan calon yang kotor pun boleh menang. Di Bagan Pinang, saya percaya siapa juga yang dilantik sebagai calon, besar kemungkinan dia akan menang"- Tun Dr Mahathir

"Sudah lupakah kita akan pilihanraya kecil di Permatang Pasir di mana calon Barisan Nasional terdiri daripada seorang peguam yang dikatakan terlibat dengan melesapkan duit pelanggannya dan berbohong berkenaan dengan jumlah isterinya? Kempen BN mudah dipatah oleh parti lawan. Apabila ia kalah ramai yang berkata BN harus selidik dahulu latarbelakang calon. BN tidak harus letak calon yang mempunyai latar belakang yang mudah dijadikan isu oleh parti lawan"
- Tun Dr Mahathir

"Imej UMNO sekarang sudah banyak tercemar dengan politik wang semasa pemilihan Majlis Tertinggi. Boleh dikatakan hampir semua yang dipilih terlibat dengan rasuah"
- Tun Dr Mahathir

Calon Bagan Pinang ni apa pula cerita???????...Isa Samad
Nampaknya UMNO akan terus mengekalkan tradisi perasuah menjadi pemimpin....
Rendah sungguh mertabat Tun dikalangan pemimpin UMNO sekarang...
isk...isik....iskk....


1 comment:

Anonymous said...

kata-kata Tun sekarang ni da tak ada harga bagi UMNO masa kini..kata-kata yang berharga sekarang ni Najib Altantuya..